Thursday, 26 November 2015

DEFINISI HAK ASASI MANUSIA SECARA UMUM


DEFINISI HAK ASASI MANUSIA


Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

PENAFSIRAN MODEN

Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik.



(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi. Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.


PERBEZAAN MODEL KOGNITIF DALAM KONSEP HAK ASASI MANUSIA



Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.



Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.


Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.





SIAPA MUALLAF?

Muallafah adalah bentuk jamak dari kata muallaf, yang berasal dari kata al-ulfah (الأُلْفًة), maknanya adalah menyatukan, melunakkan dan menjinakkan. Orang Arab menyebut hewan yang jinak dan hidup di sekeliling manusia dengan sebutan hayawan alif, atau hewan peliharaan.

Allafa bainal qulub (ألف بين القلوب) bermakna menyatukan atau menundukkan hati manusia yang berbeda-beda, sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran :

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا

" Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara". (QS. Ali Imran : 103)

2. Istilah

Sedangkan secara istilah syariah, para ulama mendefiniskan makna al-muallafati qulubuhum dengan berbagai pengertian dan definisi :
Al-Imam Az-Zuhri menafsirkan makna al-muallafati qulubuhum sebagai :

مَنْ أَسْلَمَ مِنْ يَهُودِيٍّّ أَوْ نَصْرَانِيٍّ وَإِنْ كَانَ غَنِيّاً
Orang yahudi atau nasrani yang masuk Islam walaupun mereka kaya.

Sedangkan dalam definisi para ulama fiqih, didefinisikan sebagai :

الَّذِينَ يُرَادُ تَأْلِيفُ قُلُوبِهِمْ بِالاِسْتِمَالَةِ إِلَى الإِْسْلاَمِ أَوْ تَقْرِيرًا لَهُمْ عَلَى الإِْسْلاَمِ أَوْ كَفُّ شَرِّهِمْ عَنِ المـسْلِمِينَ أَوْ نَصْرُهُمْ عَلَى عَدُوٍّ لَهُمْ
Orang-orang yang diinginkan agar terbujuk hatinya untuk masuk Islam, atau sebagai taqrir untuk masuk Islam, atau untuk menghindarkan kejahatan mereka atas umat Islam, atau untuk membela mereka atas musuh-musuh mereka.

B. Masyru'iyah

Al-Muallaf qulubuhum ditegaskan di dalam Al-Quran Al-Kariem sebagai pihak yang berhak menerima pembagian harta zakat.
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ… وَالمـؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk… para mu'allaf yang dibujuk hatinya."(QS. At-Taubah : 60)

Di dalam shahih Muslim disebutkan bahwa Rasulullah SAW telah memberikan sebagian harta zakat untuk Abu Sufyan bin Al-Harb, Safwan bin Umayyah, 'Uyainah bin Hishn, Al-Aqra' bin Habis dan Abbas bin Mirdas, masing-masing 100 ekor unta.

Bahkan kepada 'Alqamah bin Ulatsah diberikan harta ghanimah perang Hunain. Semua itu dalam rangka membujuk hati mereka agar minimal mengurangi permusuhan kepada Islam. Dan kalau bisa sampai masuk Islam, tentu akan lebih baik lagi.

Golongan mualaf adalah antara mereka yang layak menerima zakat. Ia sebagaimana yang terkandung dalam firman Allah yang maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin dan amil-amil yang menguruskannya dan orang mualaf...(at-Taubah: 60)

Golongan mualaf ini seperti yang disebut oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat boleh dibahagikan secara umumnya kepada kategori berikut:

1) Golongan yang diharapkan keislamannya atau keislaman keluarga serta kaumnya. Ini seperti yang berlaku kepada Safwan bin Umayyah yang pada masa pembukaan Kota Mekah diberikan keamanan oleh Rasulullah SAW dan diberi masa untuk memikirkan tentang dirinya (sama ada mahu memeluk atau sebaliknya). Kemudian beliau kembali bertemu Nabi dan turut berperang bersama kaum Muslimin dalam peperangan Hunain, yang ketika itu beliau masih belum lagi memeluk Islam. Kemudian Rasulullah SAW memberinya sejumlah unta yang banyak dari sebuah lembah (wadi), sambil menyatakan ini adalah pemberian orang yang tidak takut akan kefakiran. Dengan pemberian itu Safwan bin Umayyah memeluk Islam.

2) Golongan orang yang ditakuti akan kejahatan mereka. Mereka ini dimasukkan ke dalam kelompok penerima zakat, dengan harapan dapat mencegah kejahatannya. Dalam riwayat Ibnu Abbas dikatakan, bahawa ada suatu kaum datang kepada Nabi SAW yang apabila mereka diberi bahagian dari zakat, mereka memuji Islam dengan menyatakan: Inilah agama yang baik! Akan tetapi apabila mereka tidak diberi, mereka mencelanya.


3) Golongan orang yang baru memeluk Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam.

Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor tahun 2003, perkataan Muallaf merujuk kepada :

" seseorang yang baru memeluk agama Islam sebagaimana yang ditafsirkan dibawah seksyen 2 Enakmen"

BAHAGIAN IX
MEMELUK AGAMA ISLAM

Kehendak-kehendak bagi pemelukan agama Islam

107. (1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama Islam oleh seseorang;

(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas;

(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa kalimah itu bermakna “Aku menjadi saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku menjadi saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah
Pesuruh Allah”; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaan hati orang itu sendiri.

Saat memeluk agama Islam

108. Seseorang itu memeluk agama Islam dan menjadi seorang orang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah Syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 107 adalah dipenuhi; dan orang itu selepas itu disebut muallaf.


HAK-HAK MUALLAF


" Muallaf Care"...
Penjenamaan semula bagi menjamin kelestarian hak - hak muallaf di Selangor khususnya...dan di Malaysia amnya...


Disokong sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor..



Apabila berlakunya proses kemasukan dan pendaftaran pengislaman bagi seseorang yang telah memenuhi tafsiran Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor perkara 107 dan 108 maka secara asasnya individu yang digelar sebagai muallaf atau saudara baru mempunyai beberapa hak yang termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan Dan Pengajaran Bagi Muallaf (Negeri Selangor) tahun 2009.

Berdasarkan enakmen yang diringkaskan kepada akronim 5PBM tahun 2009 ini telah menggariskan dan menetapkan hak-hak yang perlu dan layak diperolehi oleh setiap individu bergelar muallaf. Hak - hak tersebut dapat disimpulkan kepada tiga hak asas iaitu :     

         1) Pendaftaran Muallaf
         2) Penjagaan Muallaf
         3) Pengajaran Muallaf

PENDAFTARAN MUALLAF

Di dalam 5PBM tahun 2009 dalam bahagian IV menyatakan setiap muallaf yang memeluk Islam perlu didaftarkan dalam suatu Daftar Muallaf yang mengandungi butiran lengkap seperti berikut :

         1) bilangan daftar
         2) tarikh daftar
         3) nama asal
         4) nama baru (jika ada)
         5) agama atau kepercayaan asal
         6) bangsa
         7) nombor kad pengenalan/pasport/lain-lain pengenalan.
         8) alamat surat menyurat
         9) alamat tetap
         10) tarikh memeluk agama Islam
         11) status perkahwinan
         12) orang yang mengislamkan
         13) butir-butir saksi
         14) nama dan tandatangan Pendaftar Muallaf pada setiap pendaftaran
         15) apa-apa butiran lain yang difikirkan perlu oleh Pendaftar Muallaf 
               untuk direkodkan   
   
Satu salinan Perakuan Memeluk Agama Islam juga perlu diberikan kepada pemohon untuk simpanan sebagai bukti pendaftaran Pengislaman telah dilaksanakan dengan sempurna.

Maka, menjadi hak bagi setiap individu yang telah memenuhi kehendak EPAINS 2003 perkara 107 dan 108 untuk didaftarkan dengan memenuhi butiran lengkap seperti diatas bagi mengelakkan implikasi pertikaian dan pertindanan maklumat pendaftaran sekiranya berlaku tuntutan dikemudian hari oleh muallaf tersebut, ahli keluarga dan masyarakat.

PENJAGAAN MUALLAF

Di dalam 5PBM tahun 2009 dalam bahagian V menyatakan setiap muallaf yang memeluk Islam adalah layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan dalam bentuk yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor. Antara bantuan yang layak dipertimbangkan menurut 5PBM tahun 2009 adalah seperti berikut :

         1) pengislaman 
         2) berkhatan
         3) kelengkapan ibadah
         4) urusan pengkebumian jenazah

Walaubagaimanapun, individu muallaf boleh untuk mendapatkan bantuan lain yang difikirkan layak dan sesuai berdasarkan budi bicara dan pertimbangan Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor seperti yang berikut :

        1) bantuan bagi apa-apa pendidikan atau pengajian yang difikirkan perlu, 
            termasuklan pengajian Islam, akademik dan kemahiran
        2) bantuan tempat tinggal
        3) bantuan perubatan
        4) bantuan perkahwinan
        5) bantuan khidmat guaman

Menerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor yang merupakan jawatankuasa tetap yang memantau dan merancang dasar pembangunan Muallaf di Selangor khususnya telah mempertimbangkan untuk meluluskan beberapa tambahan jenis bantuan yang diberikan kepada muallaf antaran :

        1) bantuan kecemasan
        2) bantuan gharimin(hutang)
        3) bantuan bina rumah
        4) bantuan pembelian rumah
        5) saguhati hari raya
        6) bantuan perubatan
        7) bantuan baikpulih rumah
        8) bantuan modal perniagaan
        9) bantuan perlindungan 

Setiap individu yang mendaftarkan pengislaman dalam negeri Selangor atau luar negeri Selangor dan bermastautin dalam negeri Selangor adalah berhak dan layak untuk mendapatkan kesemua jenis bantuan yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Walaubagaimanapun, segala bantuan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Agihan Zakat Asnaf Muallaf. Sekiranya seseorang muallaf gagal atau tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan maka segala hak - hak bantuan yang dinyatakan dalam 5PBM tahun 2009 tersebut adalah terbatal sebagaimana kehendak dalam peraturan 27(4) yang dibaca bersama dengan Garis Panduan Agihan Asnaf Zakat Muallaf yang menyatakan : 

        " Majlis boleh, selepas siasatan yang wajar, menghentikan bantuan yang telah diberikan kepada mana-mana muallaf yang gagal menghadiri kursus yang diadakan tanpa sebab yang munasabah.."     


PENGAJARAN MUALLAF

Di dalam 5PBM tahun 2009 dalam bahagian VI menyatakan Majlis Agama Islam hendaklah menyediakan bimbingan yang sesuai untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kefaham Islam kepada muallaf dan Muallaf yang telah didaftarkan dibawah peraturan 20, hendaklah menghadiri apa-apa bentuk pengajaran dan bimbingan asas yang ditetapkan.

Setiap individu bergelar muallaf berhak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna sebagaimana individu islam yang lain bagi memantapkan aqidah dan pegangan selaku orang baru dalam dunia Islam. Hak untuk mengenal dan mengetahui asas agama, pegangan dan aplikasi Islam dalam kehidupan menjadi teras yang perlu ada pada jatidiri muallaf sebagai muslim. Lantaran itu, menjadi satu tanggungjawab kepada Majlis agama menyediakan segala kelengkapan dan instrumen dalam proses pengajaran dan pembelajaran muallaf melibatkan penyediaan pusat bimbingan, tenaga pengajar, elaun kehadiran kelas fardhu ain dan lain-lain.   

Kesimpulannya, hak-hak yang diperoleh oleh golongan muallaf ini melibatkan dua pihak iaitu pihak yang bertanggungjawab dan pihak muallaf sendiri bagi menjayakan maksud hak -hak muallaf yang telah diperuntukkan tersebut. Hak -hak ini akan dianggap tidak berlaku sekiranya kedua-dua belah pihak gagal memainkan peranan yang baik dalam merealisasikan maksud tersebut.