Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan
bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh
dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita
manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau
pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama,
bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk
kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman,
makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.
PENAFSIRAN MODEN
Terdapat tiga dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa
Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi,
Sosial dan Kebudayaan 1966. Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa
tersebut, hak asasi manusia tidak terbatas kepada hak-hak berikut:
(1) Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan
menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di
bawah undang-undang adalah hak sivil dan berpolitik.
(2) Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat adalah Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi. Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat
di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan
keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai. Pemikiran Rousseau
ini telah menampakkan pengaruhnya dalam pemikiran hak asasi moden. Maka
sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan
hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi
manusia.
Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut
dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya
terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.
Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti
Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen
Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa
mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti
Eropah.
Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan
Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep
komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu
membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia
yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk
memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan
dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat
kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman
Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih
individualistik.
Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan
persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur
individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan
dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat
komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.
No comments:
Post a Comment